Walaupun nampak isu curang sebagai benda kecil, namun ia memberi impak yang besar buat pasangan daripada segi fizikal dan mental.Baik lelaki mahupun perempuan jika tahu pasangannya curang akan cuba memperbaiki diri untuk diterima semula namun kadangkala segala usaha tidak berbaloi.Seorang wanita membuat luahan hati mengenai perangai suaminya dalam satu hantaran di media sosial.Di bawah adalah perkongsian tersebut.Sebelum ni suami saya pernah kantoi curang dengan dua perempuan yang lebih muda daripada saya sebanyak dua kali.Pertama kali semasa saya mengandungkan anak bongsu dan satu lagi masa anak bongsu berumur lima bulan.Saya tetap terima suami saya sebab mak mentua kata ada lagi yang lebih berat dugaannya. Setakat dicurang ni hanyalah dugaan yang kecil.Jadi saya terima suami saya kembali selepas suami talak kias yang talak akan jatuk jika dia kantoi curang sekali lagi.Sekarang ni saya terima suami saya atas sebab anak. Tapi lama lama saya penat untuk pura-pura tak jadi apa.Lagi satu, suami saya ni pengotor orangnya. Rumah setiap hari bersepah sepah. Kena tunggu saya cuti kerja barulah rumah teratur.Pastu bila dia balik kerja, rumah kembali bersepah. Ya Allah, dah banyak kali saya tegur pasal benda ni tapi tetap tak ada perubahan apa.Lama-lama saya rasa macam saya ni bibik je. Plastic rokok bersepah, baju dah pakai dia campur dalam bakul baju bersih anak anak. Puntung rokok bersepah.Bila cedok susu tepung anak, bersepah atas meja tapi tak ada common sense nak kemaskan balik. Saya penat sumpah penat.Bila saya sibuk bekerja, takda masa nak mengemas rumah tak ada langsung dia tolong kemas. Alasannya sebab anak anak meragam.Kena tunggu saya cuti baru nak buat sama-sama. Kadang timbul persoalan, suami orang lain pun macam ni ke?Tapi kenapa ayah saya tak ada pun macam ni? Ayah saya lepas ambil sesuatu barang mesti dia kemas balik. Bukan biarkan merata.Ini jela serba sedikit saya nak luahkan. Apa perlu saya buat? Perlu tak saya naik mahkamah? Saya masih simpan bukti chat antara suami dan perempuan yang dia curang dulu.Kalau pergi mahkamah dan mengadu saya di torture mental, adakah pihak mahkamah akan layan aduan saya.Baca juga: PU Syed beri teguran kepada kekasih adik Neelofa