Ibu Neelofa disahkan hidap barah payudara, lelong produk nak berehat dari perniagaan

Wait 5 sec.

Ibu kepada usahawan selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Kartini telah disahkan menghidap penyakit barah payudara tahap satu setelah menjalani saringan kesihatan di hospital, baru-baru ini.Difahamkan, perkara itu diketahui selepas wanita berusia 59 tahun terbabit dipanggil untuk membuat ujian biopsi pada 17 Februari lalu selepas keputusan momogram di dalam saringan kesihatan sebelum ini ‘kurang cantik’.Noor Kartini juga mengakui terkejut menerima keputusan pemeriksaan itu dan tidak menyangka akan diuji dengan barah payudara memandangkan tiada sejarah keluarga yang pernah menghidap penyakit sedemikian.Perkara itu didedahkan oleh Noor Kartini kepada seorang pempengaruh setelah menjemputnya untuk datang ke rumah sebelum rakaman pertemuan mereka dimuat naik di akaun TikTok miliknya iaitu @senokperutofficial.“Saya nak, wanita-wanita di luar sana sedar dan menjaga kesihatan dengan melakukan saringan kesihatan secara kerap. Macam saya sendiri setiap tahunlah buat dan baru-baru ini disahkan menghidap barah payudara tahap satu.“Alhamdulillah, saya dapat dikesan menghidap barah ini di peringkat tahap yang sangat awal. Apabila saya dapat tahu semasa buat saringan kesihatan mamogram dan apabila doktor beritahu kena buat biopsi.“Dalam fikiran saya ini tak terlintas langsung mengenai barah. Saya tak pernah fikir kerana memang tidak ada di dalam keluarga mempunyai sejarah penyakit kanser,” katanya dalam perkongsian itu. @senokperutofficial Terkejut juga Abe La apabila Mama Tini ajak jumpa minggu lepas. Rupanya ada benda dia nak bagi tahu. Suatu yang sangat penting untuk setiap wanita kena jaga dan cakna. #kualalumpur #neelofa ♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA Baca juga: ‘Ini sebabnya orang tua jangan main TikTok’, ramai setuju ulasan peguam ini terhadap kes Ellie Suriaty