Meskipun gagal dalam tiga perkahwinan sebelum ini, itu bukanlah pematah semangat untuk penyanyi Fiza Halim.Jelasnya yang sudah bergerak solo selama empat tahun mengakui dirinya sedang mengenali hati budi seseorang.Dalam temubual bersama progam hiburan, Melodi, Fiza memaklumkan lelaki yang dikenalinya sekarang bukan berstatus suami orang.“Doakan yang baik-baik, kalau Allah sudah tetapkan jodoh, saya terima seadanya. Dia duda anak satu, yang penting dia bukan suami orang. Tak nak jadi penyondol.“Kaya atau tidak sebenarnya saya tidak pernah memilih. Saya tak kisah pun. Paling penting dia mampu membahagiakan dan terima saya seadanya,” jelasnya dalam temubual bersama Melodi. @melodiberapi Bakal mendirikan rumahtangga kali ke4 tak lama lagi, jom kita tanya sendiri pelakon Fiza Halim. #meloditv3 ♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3 Dalam pada itu, dia berkongsi memandangkan mereka keduanya pernah berkahwin maka anak-anak menjadi keutamaan.“Saya memang sedang mengenali seseorang cuma kami tidak mahu tergopoh-gopoh. Masing-masing pernah berkahwin dan punya anak, jadi kami fokus kepada kerjaya.“Pada usia sebegini, kita bukan cari kekayaan, kesenangan atau kemewahan, cuma nak bahagiakan jiwa serta tenangkan hati. “Lebih kepada bersederhana sahaja. Sekurang-kurangnya kita tahu ada orang yang menyayangi diri ini,” kongsinya.Baca juga: Rupanya ada beza air minuman dan air mineral, laman kesihatan ajar tengok warna penutup botol