Suspek cabul budak di masjid direman 7 hari, disahkan miliki kad OKU sejak kecil

Wait 5 sec.

Pemuda berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor semalam merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran.Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim yang turut memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan dan semakan pihaknya mendapati suspek memiliki kad OKU berkenaan sejak kecil.Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh di sebuah masjid di Batang Kali di sini, semalam, memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran.Memetik laporan Berita Harian, pengesahan itu dilakukan selepas pihak polis dilaporkan sedang menunggu hasil pemeriksaan daripada JKM mengenai status kad OKU kepunyaan lelaki berusia 19 tahun yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes cabul itu.“Hasil pemeriksaan kita mendapati dia (suspek) mempunyai kad OKU ‘Learning Disability‘ (masalah pembelajaran) sejak kecil lagi,” kata Azmir berkongsikan status sebenar suspek berkenaan memetik laporan Berita Harian.Terdahulu, Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan berkata bahawa kad OKU berkenaan sememangnya ditemui ketika penahanan suspek dilakukan namun perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak JKM terlebih dahulu.Untuk makluman, perintah tahanan reman ke atas suspek dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri selama tujuh hari bermula Sabtu sehingga 28 Februari ini untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.Pihak polis sebelum ini menerima laporan berhubung kejadian yang turut tular di platform media sosial itu pada sekitar jam 8.19 pagi semalam sebelum penahanan ke atas suspek berjaya dibuat pada hari sama di sekitar kawasan Batang Kali.Kejadian mendebarkan itu berlaku ketika mangsa sedang mengerjakan solat Subuh bersendirian di saf belakang di bahagian solat wanita di dalam masjid berkenaan tanpa disedari jemaaah lain yang berada di situ ekoran sedang sujud.Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar di media sosial, kelihatan seorang lelaki memakai baju berwarna kuning dan berkopiah putih menyelinap masuk ke ruangan itu sebelum memeluk seorang kanak-kanak perempuan yang sedang sujud, dari arah belakang.Suspek kemudian bertindak mengangkat mangsa dan membawanya keluar ke ruangan lain sebelum dipercayai dicabul namun kanak-kanak terbabit berjaya melepaskan diri daripada pemuda berkenaan selepas bergelut dengannya.Baca juga: Pemuda disyaki cabul budak perempuan ketika solat Subuh di masjid sudah ditahan?