Seorang doktor berkongsi kisah mengejutkan mengenai remaja berusia 14 tahun yang disahkan hamil selepas berhubungan intim dengan teman lelaki.Menerusi perkongsian di Facebook Amira Shazalyna Razali, doktor berkenaan berkata dia pada awalnya didatangi seorang ibu dan anak perempuan kerana kitaran haid anaknya yang tidak teratur sejak lima bulan lalu.Ibu itu yang sedikit resah, turut meminta doktor memeriksa perut anaknya yang kelihatan agak besar tidak seperti perut yang buncit.“Perlahan adik ni selak baju menampakkan perut yang sedikit besar. Kita dah tengok macam-macam perut pesakit, kita kenal mana satu besar sebab buncit lemak atau ada isi. Bismillah aku letak probe.“Memang macam dijangka, nampak ada bayi dah berenang-renang pada skrin mesin scan.“Sekali tengok ni rupa dah cukup sifat, kaki tangan semua dah ada, kalau nak tengok jantina pun dah nampak,” kongsi doktor itu.Beliau berkata, pada waktu itu ibu pelajar berkenaan sudah mula naik suara dan bertanya sama ada kandungan itu boleh digugurkan atau tidak.Bagaimanapun doktor itu meminta wanita berkenaan tunggu di luar supaya beliau boleh menjalankan ‘one-to-one session’ untuk memujuk remaja berkenaan buka cerita sebenar sama ada dia dirogol atau perbuatan suka sama suka.Remaja itu pada mulanya enggan bercerita, namun akhirnya mendedahkan juga apa yang berlaku.“Lama jugak sebenarnya sesi pujuk untuk dia buka cerita. Bukan nak sibuk tepi kain dia, tapi dia terlalu muda untuk semua ni. Aku nak tahu lelaki tu kenalan atau tak, suka sama suka atau kena rogol.“Buat sekali je. BF ingat takkan pregnant. Tapi rasanya dia akan bertanggungjawab”“Naifnya adik ni. Setelah dikorek, lelaki itu beza umur lebih beberapa tahun darinya. Bila ditanya BF nya memang ‘buat’ dengan dia sahaja atau ada perempuan lain, dia pun tak boleh pastikan.“Tapi doktor, kawan-kawan saya pun ramai dah ‘buat’ dengan BF dia orang” hmm entah la dik,” tulisnya lagi.Dalam pada itu doktor berkata, beliau berharap remaja berkenaan akan cari jalan keluar untuk perjalanan hidup yang masih jauh dan panjang, serta tidak mengambil apa-apa langkah yang lagi mendatang murka Allah.Baca juga: Rompak mangkuk tandas dalam masa 5 minit, ramai terkejut bila tahu harga sebenar cecah 15 juta!