Saddiq bawa Bella jalan parlimen, raih 60K live tontonan

Wait 5 sec.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq hari ini membawa selebriti Bella Astillah berjalan-jalan dalam kawasan bangunan parlimen Malaysia. Bella turut ditemani oleh anaknya Ayden yang segak berpakaian kot berwarna silver.Semasa lawatan tersebut, Syed Saddiq turut membuat live di Tiktok yang meraih lebih 60,000 tontonan. Dalam siaran langsung tersebut dapat dilihat ahli parlimen Muar itu menunjukkan kepada Bella bilik tempat kerjanya di dalam bangunan parlimen.Mereka turut bertembung dengan Menteri Wilayah, Dr Zaleha semasa kunjungan tersebut.Kehadiran Bella Astillah ke parlimen pastinya mencuri tumpuan netizen yang menyaksikan secara live di Tiktok. Ramai yang memberikan komen positif sambil mendoakan mereka ke jinjang pelamin.Beberapa hari ini, Syed Saddiq dan selebriti itu sering dilihat bersama yang menguatkan lagi gosip mereka sedang bercinta.baca: Terjawab akhirnya kenapa awal tahun pun beras tempatan tak ada di pasar raya