Anak Dr Sheikh Muszaphar tak mahu pergi sekolah, panik dapat surat cinta dari rakan sekelas

Wait 5 sec.

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha kembali mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas berkongsi situasi mencuit hati melibatkan anaknya iaitu Noah.Sheikh Muszaphar menerusi satu hantaran dimuat naik di akaun Instagram miliknya secara berseloroh berkata bahawa Noah berhadapan dengan ‘detik cemas’ selepas menerima sepucuk surat daripada rakan sekelasnya.Surat itu dikirim oleh seorang kanak-kanak perempuan untuk meluahkan rasa sukanya terhadap Noah dengan kata-kata manis iaitu ‘I love you’ yang memberi maksud ‘saya cintakan awak’.Perkara itu bagaimanapun membuatkan anak Sheikh Muszaphar merasa panik hingga sanggup mendapatkan keizinan daripada bapanya untuk ponteng sekolah selama satu hari. @drsheikhmuszaphar #crush #firstlove ♬ original sound – Turn waste into wealth Baca juga: Mak terkejut anak Tingkatan 2 hamil 6 bulan, ‘buat sekali je, boyfriend kata takkan mengandung’