Murid pergi sekolah guna payung terjun, elak jalan sesak

Wait 5 sec.

Kesesakan lalu lintas yang menggila kadang-kadang boleh buat seorang manusia itu berfikiran secara kreatif. Itulah yang idea gila yang dibuat oleh seorang pelajar sekolah di India apabila nekad menaiki payung terjun untuk ke sekolah. Melihat kepada jalan yang sesak teruk, Samarth Mahangde terpaksa berbuat demikian kerana ingin sampai tepat pada waktu ke dewan peperiksaan.Samarth yang baru berumur 9 tahun adalah anak orang susah yang terpaksa bekerja sambilan untuk menyara keluarganya. Dia nekad berbuat sedemikian hanya untuk menduduki peperiksaan kerana tersalah melihat jadual.Mengikut kepada sumber daripada laman X seperti dipetik TheVocket, dia hanya menyedari peperiksaannya bermula dalam masa 15 minit selepas menerima panggilan daripada rakan yang sudah berada di dewan peperiksaan.Dengan jarak 15 kilometer untuk dilalui dan kesesakan lalu lintas yang teruk, Samarth sedar dia tidak mungkin sampai ke destinasi dengan menaiki kereta.A Panchgani student paraglided 15 km to make it to his exam on time as the traffic was very high on the roads. 100 marks for creative problem solving! #ExamHacks #OnlyInIndia pic.twitter.com/YzFYKRWnSx— Harsh Goenka (@hvgoenka) February 17, 2025 Tanpa membuang masa, dia terus mencari penyelesaian luar biasa iaitu payung terjunbaca: Rugi jutaan ringgit, Zizan dedah ada banyak ‘rakan’ lari lepas berhutang dengannya