Zaman sekarang ini yang bagi bantuan pula dilayan bak pengemis demi mendapatkan semula wang dipinjam.Sewaktu minta pertolongan, bukan main lagi mulut manis berkata-kata tapi bila tiba masa nak bayar hutang terus hilang daripada radar, ada yang dimaki hamun lagi.Tidak terkecuali, pelawak Zizan Razak mendedahkan dia pernah rugi jutaan ringgi selepas ditipu beberapa individu lapor Kosmo! Online.“Kes penipuan bukanlah berkaitan dengan bisnes baju Melayu saya, tetapi membabitkan perniagaan-perniagaan lain sebelum ini.“Antaranya, ada yang mahu pinjam duit, ada juga mengajak berniaga bersama tetapi bila tiba masa untuk bayar semula, mereka terus hilang begitu sahaja. “Nilai kerugian saya mencecah jutaan ringgit. Untuk orang seperti saya, nilai itu memang besar,” ujarnya sepeti dipetik Kosmo! Online.Lebih menyedihkan mereka yang culas membayar hutang bukanlah orang asing, Zizan berkongsi bahawa ada individu yang pernah rapat dengannya.“Yang rapat pun ada, yang tak rapat pun tiba-tiba jadi rapat sebab duit.“Saya berharap perkara ini bukan dilakukan dengan niat jahat, tetapi bila telefon pun tak dijawab, keadaannya sangat berbeza sewaktu awal kenal,” luahnya.Dalam pada itu penyanyi lagu ‘Chentaku’ itu juga tidak menyimpan dendam sebaliknya percaya akan rezeki diberikan Allah SWT.“Saya tetap bertanya tentang hutang mereka, tetapi tidak sampai tahap mengemis. Saya fikir, daripada kejar mereka seperti pengemis, lebih baik saya fokus bekerja.“Allah masih beri saya rezeki dan peluang, jadi saya anggap ini sebagai ujian,” tambahnya.Baca juga: Fizo Omar bakal timang cahaya mata ke-4, percaya setiap anak bawa rezeki masing-masing