Penjual daging salai stabil, selamat jalani pembedahan pasang implan tempurung kepala

Wait 5 sec.

Lelaki yang sebelum ini tular kerana menjual daging salai untuk mengumpul dana menampung kos pemasangan implan tempurung kepala dilaporkan selamat menjalani pembedahan tersebut pada tengah hari semalam.Pembedahan dijalankan ke atas Muhammad Sufi Abdul Aziz itu bermula pada pukul 8.30 pagi dan selesai sekitar jam 1 tengah hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.Ibu kepada Muhammad Sufi iaitu Noraini Ishak berkata, anaknya yang berusia 36 tahun itu kini berada di dalam keadaan stabil dan masih memerlukan penjagaan rapi di hospital, lapor Harian Metro.Doktor bagaimanapun menasihatkan supaya Muhammad Sufi tidak diganggu buat masa ini termasuk untuk ditemu bual dan sebagainya berikutan khuatir boleh menganggu proses penyembuhannya.“Kalau saluran darah di kepalanya nampak baik, mungkin beberapa hari lagi dia akan dibenarkan keluar hospital. Tetapi sekarang ini memang dia perlu dijaga. Dia perlu tenang dan tidak boleh serabut (banyak berfikir).“Doktor nasihatkan dia tidak diganggu ketika ini, tak boleh tanya dia macam-macam atau temu ramah dia lagi. Taku ganggu proses penyembuhannya,” kata ibu berusia 71 tahun itu.Dalam pada itu, Noraini mengakui keadaan anaknya kini agak sedikit terganggu selepas kisahnya tular di media sosial sehingga menyebabkan lelaki itu menjadi gelisah dan bimbang.