Pelakon, Fizo Omar baru-baru ini mengumumkan khabar gembira bahawa dirinya kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata ketiganya bersama isteri iaitu Fazeera Nazri Azrai tidak lama lagi.Menerusi satu hantaran dimuat naik di platform TikTok, pelakon berusia 40 tahun terbabit meluahkan rasa syukur di atas kehadiran bayi yang bakal memecahkan kesunyian mereka dengan tangisan dan gelak tawanya.Pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar itu secara berseloroh berharap supaya anak-anaknya bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai kakak yang baik hati.“Dapat adik baru, yeay! Alhamdulillah di atas keberkatan ini. Kakak dan adik pula kena bersiap sedia untuk menjadi kakak-kakak yang baik. Teruja nak sambut adik baru,” katanya dalam perkongsian itu. @iamfizoomar Alhamdulillah. Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini. Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian. Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan. ❤️❤️❤️ ♬ Happiest Year – Jaymes Young Dalam perkongsian yang sama, pelakon berkenaan juga menyifatkan kehadiran setiap cahaya mata itu membawa sinar rezeki kepada seisi keluarga mereka seperti telah dijanjikan oleh Yang Maha Esa.“Alhamdulillah. Cahaya mata diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang ada ini, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian. Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” ujarnya.