Di sebalik kejayaan global yang diraih Khabane Lame atau lebih dikenali sebagai Khaby Lame, ikon media sosial itu pernah berdepan cabaran hidup yang tidak mudah dilalui.Kehidupannya sebelum terkenal bukanlah mudah. Beliau bekerja sebagai seorang operator mesin di sebuah kilang sebelum diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 pada tahun 2020.Berhadapan dengan ketidakpastian ekonomi, Khaby mengambil keputusan untuk berkongsi video di TikTok.Beliau akhirnya menemui formula kejayaan dengan memaparkan reaksi spontan menerusi life hacks yang tidak masuk akal dengan gaya yang bersahaja dan tanpa dialog.Kini, beliau mempunyai lebih 162 juta pengikut di platform tersebut dan lebih 81 juta pengikut di Instagram.Perkongsian di bawah memetik artikel asal Sinar Harian.Gaya unik Khaby dalam menyampaikan kandungan membuatkan namanya cepat meniti di bibir pengguna media sosial. Pada tahun 2022, beliau mengatasi Charli D’Amelio sebagai pencipta kandungan TikTok paling diikuti di dunia.Kejayaannya tidak terhenti di situ. Khaby mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal seperti Hugo Boss, Pepsi, dan Binance.Selain itu, beliau turut diundang ke acara-acara berprestij termasuk Festival Filem Cannes dan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.Kejayaan Khaby juga menarik perhatian syarikat-syarikat gergasi dunia yang melihatnya sebagai ikon global dengan daya tarikan yang luar biasa.Beliau menjadi wajah kepada beberapa kempen pemasaran antarabangsa yang menekankan kepelbagaian dan inklusiviti.Kerjasama dengan jenama besar ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam dunia media sosial, tetapi juga membuka peluang dalam industri hiburan.Pada Januari lalu, Khaby dilantik sebagai Duta Muhibah Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Pelantikan itu memberikan beliau platform untuk menyuarakan isu-isu berkaitan hak kanak-kanak dan pendidikan.Peranan tersebut membuktikan bahawa pengaruh media sosial boleh digunakan untuk kebaikan, bukan sekadar hiburan semata-mata.Khaby juga sering berkongsi kisah hidupnya sebagai inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. Beliau menekankan kepentingan kerja keras, kesabaran dan keyakinan dalam menghadapi cabaran.Walaupun pernah melalui kehidupan yang sukar, beliau membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh mencapai impian mereka dengan usaha yang berterusan.Selain itu, Khaby sering berkongsi motivasi kepada golongan muda tentang pentingnya mengejar impian tanpa mengira latar belakang atau cabaran hidup.Baca juga: “Mak mentua siap nasihat ‘ini semua dugaan kecil’, masalahnya anak lelaki dia tu curang banyak kali dah”