Aktor kacak, Fattah Amin mengakui terkejut dengan khabar angin mendakwa dia sudah pun bertunang dengan penyanyi Amira Othman.Pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 35, bagaimanapun menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa hubungannya dengan Amira tidak lebih dari sekadar kawan sekerja.Tambah Fattah, dia sendiri tidak mengetahui bagaimana khabar itu tersebar dan hanya maklum tentang hal itu apabila diberitahu rakan media.“Saya ada dengar tentang gosip itu dan waktu itu saya terkejut kenapa tiba-tiba timbul gosip sedemikian. Namun ingin saya nafikan perkara itu adalah tidak benar.“Apabila saya baca, saya terkejut dan tergelak. Mungkin berita itu keluar berikutan komen-komen netizen yang mendoakan saya,” katanya memetik Kosmo! Online semalam.Fattah berkata, pihak pengurusannya telah menghubungi pengurusan Amira bagi mendapatkan kepastian mengenai dakwaan tersebut.Tidak akan merahsiakan berita baik seperti pertunangan, Fattah bagaimanapun menegaskan hubungan dia dan Amira hanya sekadar kawan.Aktor itu juga menjelaskan bahawa dia banyak lagi kerjasama dengan Amira dan mereka memang sering berurusan bersama atas dasar kerja.Baca juga: Sekolah rendah anak tak terima wang tunai bayar makanan, ibu harap pihak kantin jujur