Tular video budak tercekik kambing bakar terselamat, ramai setuju teknik tekanan abdomen ini dipelajari

Wait 5 sec.

Kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun selepas tercekik gula-gula kenyal ataupun ‘gummy’ pada minggu lalu masih menjadi topik perbincangan hangat di media sosial sehingga kini.Terbaharu, tular pula satu rakaman memaparkan seorang lagi kanak-kanak lelaki tercekik ketika sedang menikmati hidangan kambing bakar di sebuah majlis sempena hari jadi datuknya di sebuah kediaman.Menerusi rakaman berdurasi 58 saat yang dimuat naik di platform TikTok itu, terlihat kanak-kanak terbabit menjerit kesakitan sambil memegang tengkuknya selepas tercekik ketulan kambing bakar berkenaan.Seorang wanita dipercayai ibu kepada mangsa kemudian bertindak segera dengan memeluknya untuk memberi bantuan kecemasan supaya ketulan yang tersekat dapat keluar daripada saluran penafasan kanak-kanak terbabit.Bantuan bagi mengeluarkan bendasing daripada saluran penafasan ini dikenali sebagai tekanan abdomen atau ‘Heimlich maneuver’ di mana genggaman tangan kanan diletak antara pusat dan bawah rusuk sebelum ditekan.“Tengah sambut hari jadi Ayah. Cemas apabila anak buah tercekik kambing bakar. Mujurlah kakak ipar tenang dan pantas buat teknik Heimlich. Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja. Ini pentingnya kita belajar cara beri bantuan kecemasan,” kata pengguna TikTok. @aiennam Alhamdulillah nasib baik semua okay! Panik dahhhh. #firstaid #heimlich #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ ♬ original sound – MAN KINABALU – MAN KINABALU Baca juga: Rugi jutaan ringgit, Zizan dedah ada banyak ‘rakan’ lari lepas berhutang dengannya