Demi keselesaan dan keselamatan anak dalam menuntut ilmu, seorang ibu terpaksa menahan rasa rindu ‘separuh nyawa’ selepas menghantar kanak-kanak terbabit untuk tinggal di asrama.Sang ibu turut memohon maaf kepada anaknya kerana telah menghantarnya ke asrama seawal umur sembilan tahun sedangkan kanak-kanak sesusia itu sepatutnya berada di sisi penjaganya.Difahamkan, sekolah kanak-kanak itu terletak di pulau lain sehingga menyebabkan murid sekolah rendah berkenaan perlu berulang-alik dengan menaiki bot setiap hari untuk menuntut ilmu.Oleh kerana itulah sang ibu nekad mengambil keputusan untuk menghantar anak kesayangannya itu tinggal di asrama demi kepentingan dan keselamatan kanak-kanak berkenaan. @mommysaurus88 Mommy minta maaf terpaksa hantar Faliq tinggal di asrama seawal usia 9tahun. Mommy rindu Faliq separuh nyawa. Mungkin Faliq struggle untuk minggu pertama, its okey sayang ramai doakan Faliq. Tolong doakan mommy sekali 🤭 Mommy still nangis tepi bucu katil stiap mlm #anakpulau ♬ bunyi asal – اييم شافينا – اييم شافينا Baca juga: Rupanya ini rahsia goreng ikan keli tak meletup! Ini tip khas daripada tukang masak