Kalau Majlis Media sudah ada 10 tahun lalu, saya tidak perlu bermalam di lokap

Wait 5 sec.

Kira-kira 10 tahun lalu, iaitu pada tahun 2015, empat editor dan seorang penerbit The Malaysian Insider terpaksa tidur di lokap polis kerana menyiarkan satu berita.Petang tadi, nama tiga dari mereka disebutkan oleh ahli parlimen Bangi, Syahrezan Johan yang kebetulan menjadi peguam kepada ketiga-tiga mereka kletika membahaskan cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia.“Saya yakin, jika Majlis Media yang kita bahaskan hari ini sudah ada ketika itu, ketiga-tiga mereka tidak perlu bermalam di lokap,” kata Syahrezan ketika membahaskan cadangan penubuhan Majlis Media hari ini.Cadangan penubuhan Majlis Media telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet Februari 2024 lepas.Ia sepatutnya dibentangkan dalam sidang Parlimen tahun lepas, tetapi hanya dibentangkan hari ini dan diluluskan.Antara orang yang paling gembira dengan perbentangan dan kelulusannya hari ini adalah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.“Ini adalah satu kemenangan besar buat media,” kata Fahmi sebaik sahaja rang undang-undang ini diluluskan oleh Dewan Rakyat.Ia turut mendapat sambutan para petugas media khasnya mereka yang pernah terlibat dengan siasatan dan terpaksa bermalam di lokap polis kerananya.(Zulkifli, kanan sekali, dan dua rakannya, Amin Iskandar dan Lionel Morais, yang bertugas dengan The Malaysian Insider terpaksa tidur dua malam di lokap polis kerana satu laporan yang mereka siarkan)Bagi saya pembentukan Majlis Media ini adalah satu kemenangan untuk penggerak media kita. Saya setuju dengan Shahrezan, jika Majlis Media telah ada 10 tahun lalu, saya dan rakan-rakan tidak perlu bermalam di lokap polis Dang Wangi,” kata Zulkifli Sulong, salah seorang dari empat editor The Malaysian Insider (TMI) yang terpaksa bermalam di lokap polis 10 tahun lalu.Zulkifli bersama Lionel Morais, Amin Iskandar dan Ketua Pengarang Jahabar Sadiq telah ditahan di lokap Dang Wangi dalam proses penyiasatan polis terhadap laporan yang mereka siarkan.Menurut cadangan Majlis Media ini, sebarang ketidakpuasan hati mana-mana pihak terhadap laporan sesuatu berita atau pendapat, Majlis Media yang akan menyiasat laporan ini.Dalam kes Zulkifli dan rakan-rakannya, Syahrezan bersama peguam Dr Zulqarnain Lokman, Nadiah Zulkifli dan Yusmadi Yusof mewakili ketiga-tiga editor ini di Mahkamah Majistret bagi membantah permohonan polis untuk menahan ketiga-tiga mereka lebih lama selepas dua malam berada di lokap.Majistret kemudiannya telah menolak permohonan polis ini kerana tidak ada sebab untuk mereka ditahan lebih lama kerana ketiga-tiga mereka memberikan kerjasama penuh kepada polis.Selain kes para editor TMI ini, ramai lagi wartawan yang terpaksa merengkok di dalam lokap polis selepas tulisan mereka dibuat laporan polis dan disiasatNamun yang paling tidak disenangi oleh penggerak media adalah alat kerja mereka dirampas termasuk komputer dan juga telefon bimbit yang dikatakan terlibat dengan laporan yang dibuat itu.Yang terbaru adalah kes wartawan Malaysiakini yang dirampas komputer riba mereka yang terlibat dengan laporan polis terhadap mereka.“Saya berharap, Majlis Media yang bakal menyiasat sebarang laporan terhadap perlanggaran etika yang ditetapkan tidak perlu lagi merampas peralatan kerja wartawan.“Ini kerana, tanpa komputer dan telefon bimbit macamana kami sebagai wartawan mahu cari makan,” kata Zulkifli lagi.