Lelaki Korea ini cuba hidup dengan RM50 seminggu di Malaysia

Wait 5 sec.

Seorang lelaki dari Korea Selatan yang menetap di Malaysia melakukan satu cabaran untuk bertahan hidup selama seminggu dengan hanya berbekalkan wang sebanyak RM50.Menerusi video dikongsi di saluran YouTube miliknya, dia perlu bertahan dengan hanya RM50 termasuk makanan, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan yang dirasakan perlu selama tempoh itu.Dia ke pasar raya terdekat dan membeli dua jenis makanan iaitu maggi cup dan sebuku roti Mighty White sebagai stok makanannya selama tiga hari.Untuk berjimat, dia turut membawa roti berkenaan ke pejabat sambil menikmati dengan kopi percuma yang disediakan di sana.Dia juga mencuba hidangan nasi mamak dengan bajet RM2 pada hari pertama. Dua hari berikutnya dia telah menghabiskan roti tersebut dan memakan mi segera kerana terlalu lapar.Pada hari ke-4, dia terpaksa berbelanja besar dalam mendapatkan nutrisi protein selepas beberapa hari hanya memakan roti dan mi segera yang tidak mempunyai zat yang secukupnya.Dia langsung membeli sekarton mi segera dan sepapan telur. Baki akhirnya tinggal RM15.60 sahaja.Pada hari kelima, dia masih lagi jadikan mi segera sebagai makan tengah harinya. Namun, rakan sekerjanya tampil membelikan dia makanan yang mengenyangkan.Sehari kemudian, dia hanya mempunyai baki sebanyak RM6.40 sahaja dan terpaksa pergi ke pasar raya sebagai jalan terakhir mengharungi seharian dengan mendapatkan makanan dan minuman percuma yang tersedia di booth.Dan di penghujung cabaran, dia kelihatan seperti berputus asa selepas kehabisan wangnya di mana baki perlu digunakan untuk pengangkutan.Akhir sekali, dia menyimpulkan terdapat 3 perkara yang dipelajari menerusi cabaran ini iaitu jika tiada wang akan membuatkan dia terasa sentiasa lapar, sentiasa berbuat dengan orang sekeliling dan rakyat Malaysia sangat baik kerana sering membelanjarnya di sepanjang dalam cabaran berkenaan.Baca juga: “Yuran anak sekolah tertangguh aku yang tanggung, suami menunjuk bayar zakat RM2k..”