Meskipun ada satu kes yang melibatkan kematian, peniaga atas talian dilihat masih menjual gula-gula kenyal atas alasan ia adalah kegemaran kanak-kanak.Tidak mahu tragedi berulang, Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan sebarang iklan melibatkan gula-gula kenyal atau ‘gummy’ berbentuk mata.Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkongsi berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu lapor Harian Metro.“Pagi ini, kita telah mengarahkan platform berkenaan untuk menurunkan iklan yang menjual gula-gula ‘gummy’ itu, tindakan yang dilaksanakan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.“Kita juga telah mengarahkan PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) seluruh negara untuk melakukan penguatkuasaan di premis fizikal dan akan merampas produk yang masih dijual,” katanya seperti dipetik Harian Metro..Media sebelum ini melaporkan KKM dalam satu kenyataan melarang penjualan produk gummy mata atau gula-gula kenyal di semua platform dalam talian dan pasaran domestik.Ini selepas KKM mendapati siasatan berkenaan produk tersebut menyalahi keperluan pelabelan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281].Murid Tahun Empat, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal pada Selasa lalu.Mohammad Fahmi dikatakan rebah selepas tercekik sekitar jam 2.30 petang semalam ketika mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.Baca juga: Risau ulang-alik naik bot ke sekolah, ibu minta maaf terpaksa hantar anak duduk asrama