Nora Ariffin mohon maaf kerana kembali rujuk, pujuk suami ceraikan buat kali ke-2

Wait 5 sec.

Konflik dalam rumah tangga penyanyi, Datuk Nora Ariffin nampaknya masih belum selesai selepas kembali rujuk dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli dalam tempoh edah pada tahun lalu.Sebaliknya Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin mengejutkan ramai pihak apabila membuat pengakuan sedang memujuk suami yang digelarkannya Ustaz Rushdi itu untuk menceraikannya buat kali kedua.Menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram Story, Nora mendakwa tindakan itu dibuat untuk menunaikan permintaan anak tirinya yang sudah lama mahu bapanya bercerai dengan penyanyi berusia 52 tahun terbabit.Nora turut membuat permohonan maaf kerana sebelum ini telah menerima lamaran Dr Rushdi untuk mendirikan rumah tangga dan kembali rujuk selepas mereka bercerai pada sekitar bulan Ogos, tahun lalu.“Saya juga minta maaf kerana telah memuat naik gambar bersama Ustaz. Saya sudah padam semua gambar berdua kami. Yang ada cuma gambar beramai-ramai. Saya akan penuhi permintaan dari Alia (anak tiri) yang dari dahulu lagi untuk kami bercerai.“Insya-Allah, Ustazah Rose (madu) akan kembali monogami seperti yang diinginkan,” kata Nora dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada malam semalam.Baca juga: PU Syed beri teguran kepada kekasih adik Neelofa