Seorang lelaki mengundang rasa sangsi ramai selepas berkongsi resipi yang diciptanya sendiri sebagai juadah Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.Menerusi TikTok @gegargeli, lelaki berkenaan mencipta resipi pencuci mulut iaitu nasi lemak cendol yang dicampurkan bersama dalam segelas cawan.Di video berkenaan, lelaki itu meletakkan nasi lemak sebagai lapisan pertama, sebelum meletakkan beberapa sudu sambal nasi lemak di lapisan kedua.Dia kemudian meletakkan cendol, jagung manis, kacang merah, tambah nasi lemak sekali lagi dan melengkapkan hidangan pelik itu dengan santan kelapa pekat dan sos coklat.Lelaki itu berkata, ia lebih lazat dinikmati jika anda menggaulkan kesemua bahan agar supaya sebati.Perkongsian yang dianggap sudah jauh lari dari konsep pengambilan makanan normal mengundang pelbagai reaksi warganet.Walaupun ada yang menganggap video itu sekadar content lucu dan ringan, namun ramai yang mengambil berat dengan olahan makanan seperti itu.Rata-rata memberi saranan agar kandungan seperti itu tidak diteruskan, mengambil kira faktor pembaziran jika ia dibuat hanya untuk ‘content’ semata-mata.Pun begitu, pemilik video berkenaan memberi jaminan bahawa semua masakan yang dicipta, mereka akan habiskan dan tidak akan dibuang begitu sahaja.Baca juga: Rugi jutaan ringgit, Zizan dedah ada banyak ‘rakan’ lari lepas berhutang dengannya