Umum tahu bersentuh dengan lelaki bukan muhrim adalah haram, baik di dunia nyata mahupun sekadar lakonan.Namun pelbagai komen dilontarkan kepada pelakon wanita bertudung namun tiada yang mempersoal mereka yang tidak berhijab untuk babak bersentuhan.Disebabkan itu pelakon Hannah Delisha mengakui pelik apabila hanya selebriti bertudung sahaja disoal mengenai babak bersentuhan dengan pelakon lelaki.“Kenapa soalan yang sama tidak ditanya kepada pelakon wanita yang tidak berhijab? Adakah mereka boleh bersentuhan dengan pelakon lelaki?“Pada hujungnya, saya seorang pelakon. Kalau ada babak yang boleh elak, saya akan elak. Tetapi kalau tiada pilihan memang terpaksa lakukan.“Contohnya kalau babak pengsan ataupun tersentuh. Itu memang tak boleh dielakkan,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.Meskipun sudah bertudung, Hannah mengakui masih dalam fasa belajar dan berkongsi akan berhenti berlakon seandainya dia mahu berhijrah menjadi seorang muslimah sejati.“Mungkin orang lihat saya pakai tudung, terus saya nak berubah sepenuhnya. Sejujurnya saya pun masih mencuba. Saya pakai tudung pun sebab saya sendiri nak pakai, tiada paksaan.“Sekiranya saya betul-betul nak berhijrah, memang saya tidak mahu lagi berada di dalam industri ini. Saya akan berhenti berlakon. Saya rasa itu cara terbaik untuk berhijrah,” ujarnya.Baca juga: Ibu Neelofa disahkan hidap barah payudara, lelong produk nak berehat dari perniagaan