Sebuah syarikat perabot terkenal dunia, IKEA Malaysia hari ini mengumumkan semua stor cawangannya di Lembah Klang akan ditutup awal bermula 26 Februari ini.Menerusi hantaran di media sosialnya, operasi mereka ditutup awal pada jam 6 petang bagi meraikan kesemua tenaga kerja mereka.“Hai pelanggan IKEA Lembah Klang, kami berharap anda menikmati pengalaman membeli-belah di IKEA setiap kali mengunjungi gedung kami.“Kami suka menyambut kedatangan anda ke gedung kami sepanjang 365 hari setahun, demi mencipta kehidupan seharian yang lebih baik untuk ramai orang. Pasukan kami bekerja setiap hari untuk memastikan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera anda lebih menyeronokkan.“Pada 26 Februari 2025, kami ingin memohon maaf kerana gedung IKEA di Lembah Klang akan ditutup sedikit lebih awal pada jam 6 petang.“Ini bagi membolehkan kami meluangkan masa untuk menghargai tenaga kerja kami dan dedikasi mereka setiap hari. Masa yang diluangkan bersama ini membantu kami memberikan lebih banyak senyuman dan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda,” Kata kenyataan rasminya di facebook.“Terima kasih kerana anda memahami, dan kami berharap dapat menyambut kedatangan anda lagi tidak lama lagi!” – kata Takeshi Murai, Pengurus Gedung IKEA Lembah Klang.baca: `Asim Abdullah AinullotfiPemuda Amanahbauksit