Kes selesai, Aliff Aziz, Ruhainies mengaku bersalah, bayar denda RM3k

Wait 5 sec.

Kes dua pelakon ditangkap khalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur tahun lepas akhirnya selesai,Sebelum ini media melaporkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan baru-baru ini. Disebabkan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar tampil membuat kenyataan.Mohd. Na’im mengesahkan pasangan selebriti tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.Kes tersebut sudah selesai dan kedua-dua figura tersebut sudah mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukan lapor Kosmo! Online.“Pada peringkat awal, kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah. Berdasarkan pengakuan itu, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan, itu adalah prosedur biasa di mana-mana mahkamah sama ada syariah atau sivil.“Pada 21 Februari, kedua-dua mereka yang tertuduh telah memaklumkan hasrat untuk menarik balik pengakuan tidak bersalah dan ingin mengaku bersalah. “Jadi, pengakuan bersalah itu telah direkodkan mahkamah. Tiada sebarang paksaan, semua jelas dan dilakukan secara sukarela.“Penghakiman dillakukan berdasarkan pengakuan tersebut dan mereka berdua (Aliff dan Ruhainies) didapati bersalah,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.Pada masa sama Mohd. Na’im menegaskan apa yang tertulis dalam Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan perlu dihormati.Jelasnya jika ada antara pelakon itu tidak akur dengan keputusan mahkamah maka mereka boleh berdepan kemungkinan dipenjara tiga bulan.“Setiap seorang daripada mereka (andai gagal menurut perintah) boleh dipenjara selama tiga bulan. “Saya difahamkan mereka sudah membayar denda sebanyak RM3,000 dan kes selesai, tutup buku,” katanya lagi.Aliff dan Ruhainies masing-masing dituduh di bawah Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana berkhalwat.Baca juga: Saddiq bawa Bella jalan parlimen, raih 60K live tontonan