Betul ke gaji YouTuber cecah RM360k sebulan? Che Nom dedah realiti sebenar jadi ‘content creator’

Wait 5 sec.

Baru-baru ini sebuah laman mencari kerja menyenaraikan sembilan pekerjaan santai yang mampu menjana pendapatan atau gaji cecah ratusan ribu ringgit sebulan.Laman itu mendakwa pencipta kandungan di YouTube mendapat bayaran paling lumayan sehingga RM360,000 sebulan.Dapatan itu berjaya mendapat perhatian YouTuber masakan popular, Che Nom yang kini mempunyai 1.85 juta pengikut di saluran berkenaan.Bertahun-tahun terlibat sebagai pencipta kandungan di YouTube, Che Nom menyanggah dapatan itu, mengatakan hanya sedikit sahaja pempengaruh yang boleh menjana pendapatan sebesar itu iaitu sekitar 0.01 peratus sahaja.Kami kongsikan pandangannya seperti di bawah;Hanya 0.01% YouTubers yang boleh dapat pendapatan macam ini. Kalau beroperasi sebagai syarikat kena ada ada sekurang-kurangnya 7 video seminggu dan purata tontonan 300,000 ke atas setiap video.Sebenarnya purata pendapatan YouTubers di bawah paras kemiskinan.Apabila ekonomi merosot, syarikat akan kurangkan iklan, RPM jatuh, CPM jatuh, jadi pendapatan YouTubers secara tak langsung akan berkurang.Tahun ini semua jatuh mendadak, CEO Youtube, Susan Wojcicki pening kepala kot sampai letak jawatan.Untuk hasilkan satu video perlukan 3-4 hari, perlu buat kajian resepi, masak dan penggambaran, voice over dan penyuntingan, render dan muat naik.Semua ini memerlukan kepakaran seseorang individu. Kalau buat sendiri memang susah. Semua ini kos.Hidup tidak ada life, Sabtu dan Ahad kalau tak kerja video memang tidak akan siap, bak kata Syahmi Shazli 24 jam memikirkan content, Mr Beast juga tidur di pejabat sahaja.Pendapatan sebagai blogger portal juga jatuh mendadak tahun ni, 2.2 juta pageviews pada laman Resepi Che Nom sekadar meraih pendapatan sebanyak RM2,500 di mana kos untuk membayar server dan admin pun tidak lepas.Tidak pasti macam mana portal berita dan blogger lain survive tahun ni. Harap-harap ada pendapatan lain selain Adsense.Kalau ada yang cita-cita nak jadi YouTubers tu fikir baik-baik. Yang diwar-warkan tu yang berjaya dan ramai juga yang tidak berjaya. YouTubers masakan pon ramai yang dah menghilang.Peluang nak berjaya tu sangat rendah. Kalau tak ada kesungguhan dan minat yang sangat mendalam sehingga tahap obses, cari sahaja kerjaya lain yang lebih menjamin masa depan yang ada medical, KWSP dan kemudahan lain seperti cuti tahunan dan cuti sakit.Baca juga: “Rompakan di siang hari!” – Wanita terkejut dicaj RM7 untuk segelas air suam di restoran ini