Tahukah anda, terdapat satu pegangan fahaman di Jepun yang disebut sebagai Shingon, iaitu amalan berpuasa sehingga mati? Apakah maksudnya berpuasa hingga mati?Bila sebut pasal puasa, ramai kaitkan dengan Islam. Tapi mungkin ramai tak tahu sebenarnya banyak je agama lain yang anjurkan puasa termasuklah satu mazhab Buddha di Jepun iaitu mazhab Shingon.Menurut seorang rakyat Malaysia yang menetap di Jepun, Zunita Ramli, amalan puasa mazhab Shingon ini dikenali sebagai “sokushinbutsu” iaitu amalan berpuasa sampai seseorang tu mati. Dasyat juga la kan. Benda ni sebenarnya diamalkan untuk seseorang itu capai tahap Buddha dalam badan dia.Mazhab Shingon di Jepun, berpuasa hingga mati“Amalan sokushinbutsu mengambil masa lebih kurang 3,000 hari dan melibatkan beberapa fasa, antaranya fasa “mokujiki”. Mokujiki ni kalau direct translate maksudnya ‘makan pokok’.“Jadi memang sungguh waktu ni, seseorang tu hanya makan kayu-kayu, pine needles, resins dan apa saja yang berasaskan kayu yang ada di kawasan pergunungan yang mereka bertapa tu.“Lepas tu masuk fasa di mana mereka akan perlahan-lahan berhenti minum air. Benda ni akan buat badan dehidrasi dan semua organ dalam badan kecut. “Masa ni mereka dah tak makan apa-apa dah, hanya duduk bertapa dan baca mantera saja. Dan semestinya, bila dah tak makan dan minum untuk tempoh tertentu, seseorang tu akan mati,” kongsi pengguna Facebook tersebut.Tambah Zunita lagi, orang yang mati dengan cara begini dikatakan terpelihara secara semula jadi (naturally preserved) sebagai mumia dengan kulit dan gigi yang tak reput, tanpa memerlukan sebarang bahan pengawet. Kira macam self-mummification lah.Kalau dapat capai tahap begini lepas 1,000 hari mati, bermakna orang tu dah capai tahap sokushinbutsu. Mereka percaya, orang yang mencapai sokushinbutsu ni tak mati, tapi “hidup” dalam “deep meditative state” yang dikenali sebagai “tukdam”.“Dekat Jepun ni ada lebih kurang 16 mumia sokushinbutsu ditemui tapi katanya mungkin ada banyak lagi yang tersorok. Ajaran mazhab ni popular di wilayah Yamagata, Jepun dan akhirnya diharamkan oleh Kerajaan Meiji pada tahun 1877,” tulisnya.Baca juga: Risau santan kotak cepat basi lepas buka? Guna teknik simpanan ni, baru tahan lama!