“Rompakan di siang hari!” – Wanita terkejut dicaj RM7 untuk segelas air suam di restoran ini

Wait 5 sec.

Seorang wanita tidak menyangka akan dikenakan bayaran sebanyak RM7 hanya untuk segelas air suam dipesannya di sebuah restoran yang menghidangkan makanan Timur Tengah di Kuala Lumpur.Menurut wanita itu, pihak restoran sudah memaklumkan bahawa air suam yang dipesannya tidak disediakan secara percuma sebaliknya pelanggan harus membuat bayaran seperti tertera di dalam resit.Walau bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila pihak restoran mengenakan caj sebanyak RM7 hanya untuk segelas air suam sehingga menyifatkannya sebagai rompakan di siang hari atau secara terang-terangan.Kejadian itu kemudian dikongsikan oleh wanita terbabit menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di akaun Threads miliknya untuk bertanyakan pendapat orang ramai mengenai perkara tersebut.“Apakah pengalaman ‘rompakan di siang hari’ untuk anda semua? Bagi saya adalah ketika dikenakan caj RM7 untuk segelas air suam di restoran makanan timur tengah di sebuah pusat beli-belah eksklusif di Bukit Bintang.“Kesilapan saya adalah tidak bertanya ataupun menyemak harga sebelum membuat pesanan. Mereka ada menyebut ‘ada bayaran’ dikenakan apabila saya memesan air suam. Saya terfikir berapa sangatlah harga air suam.“Nah, ambil kau. Harganya RM7.00!,” kongsi wanita itu di dalam hantaran tersebut bersama sekeping gambar yang memaparkan resit diterima daripada restoran berkenaan pada minggu lalu.Baca juga: Zakat fitrah Kelantan naik RM1 tahun ini – Maik