Umum tahu buat orang Islam adalah haram berpegangan antara lelaki dan perempuan namun ia dilihat sebagai perkara biasa di zaman ini.Akui dengan kesilapan selepas tular video, pelawak Saiful Apek sedar perbuatannya memeluk usahawan sensasi, Kak KM adalah salah.Tidak mahu menegakkan benang yang basah, Apek sedia menerima segala teguran dengan berlapang dada lapor Haria Metro.“Saya akui khilaf dan menerima dengan berlapang dada untuk terima teguran berlandaskan kasih sayang.“Tak perlu panjangkan kejadian khilaf saya kerana pada masa itu, saya tak fikir dan mungkin tak sedar hukum-hakam walau sudah ‘bau tanah’. Benda sudah pun berlaku.“Jadi, jika ada yang sampai kecewa atau ‘unfollow’ dan ‘block’ (sekat) kerana kejadian itu, saya terima dengan reda,” katanya seperti dipetik Harian Metro.Dalam pada itu, Apek tidak mahu menuding jari dan sedar dosa adalah dosa dan sedar akan batas dalam agama Islam.“Saya tidak mahu menuding jari atau nak beri alasan berdolak-dalih untuk tepis segala teguran dan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan sebagainya lagi.“Salah tetap salah, dosa tetap dosa dan yang haram tetap haram. Saya cukup sedar batas dalam agama islam dan saya memang bersalah.“Sebab itu, saya selalu betulkan bila orang cakap otai masih berbisa itu salah kerana sebenarnya, otai masih ‘berdosa’,” tambahnya.Baca juga: Ebby Yus pernah pakai 4 kereta mewah dalam satu masa, terpaksa jual selepas jatuh sakit